Tuesday 19 August 2014

SALAM PERKENALAN

Assalamulaikum...

Ahlan Wa Sahlan ke laman sesawang rasmi Surau An-Nur. 

Surau An-Nur Sekolah Menengah Kebangsaan Beseri, Perlis merupakan Bilik Solat utama sejak sekolah ini dibuka pada oktber 2012.

Alhamdulillah, dengan izin-Nya, Surau An-Nur mempunyai laman sesawang sendiri. Laman ini dibina dengan tujuan untuk menjadikannya sebagai salah satu wadah bagi menyebarkan info-info berkaitan Surau An-Nur termasuklah berkongsi ilmu-ilmu bermanfaat di samping memaparkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Surau An-Nur. 



Semoga semua pihak mendapat manfaat darinya.