Monday 12 October 2015

Selamat Menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 2015



Kami mengucapakan selamat Menduduki PT3 tahun 2015 kepada semua calon. Kami sentiasa mendoakan kejayaan kalian.



Lawatan dan Penyerahan Sijil oleh SPI

Penyerahan Sijil Pencapaian Johan Pertandingan Suarau Imarah Peringkat Negeri Perlis Tahun 2015.
Tarikh: 9 Oktober 2015












Sunday 11 October 2015

Bacaan Yasin dan Tazkirah Sempena Minggu Anti Dadah

Tarikh : 2 Oktober 2015 (jumaat)
Tempat : Dewan as-Syafie






Explorace an-Nur

Aktiviti: Explorace (inovasi aktiviti)
Arahan: Pelajar diberi soalan dan perlu mencari jawapan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam surau an-Nur.





Tuesday 22 September 2015

Puasa Arafah

Esok merupakan tanggal 9 Zulhijjah 1436H yang telah dijadualakan akan berlangsungnya perhimpunan agung bagi umat Islam di dunia ini iaitu hari Wuquf di Arafah bagi jemaah yang menunaikan rukun haji yang kelima. Bagi uamt Islam yang tidak mengerjakan haji, disunatkan untuk berpuasa 1 hari. Ini merupakan sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW yang mana hikmahnya amat besar berdasarkan hadis baginda yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.


Sama-samalah kita mengambil peluang yang dikurniakan oleh Yang Maha Pemberi yang datang hanya sekali setahun.

Selamat Bercuti


Surau an-Nur mengucapkan Selamat Bercuti Pertengahan Penggal Kedua kepada semua pelajar-pelajar SMK Beseri.
Semoga masa cuti ini dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa selama berada di rumah.

وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا (٢٣)  

23. dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun). (Surah al-Isra’: 23)

Bacaan Yasiin

Bacaan Yasiin diadakan pada setiap pagi hari jumaat yang melibatkan seluruh warga SMK Beseri.




Program Amali Solat

Program Amali Solat dijalankan semasa Pengajaran dan Pembelajaran.




Laman Makanan Sunnah...

Laman Makanan Sunnah merupakan cetusan idea bersama Tuan Pengetua, En. Rose Aza B Che Ariffin dan Ketua Paniti, Pn. Mismawarthy Bt Tuming.

Laman ini diwujudkan di bahagian tepis surau yang mempunyai beberapa pohon Kurma dan Tin...

وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ (١)وَطُورِ سِينِينَ (٢) 
Maksudnya :
"1.Demi buah Tiin dan Zaitun, 2. dan Gunung Tursina"
(Surah at-Tin: 1-2)









Monday 21 September 2015

Pemantauan Surau Oleh SPI

Pemantauan Surau Sempena Pertandingan Surau Imarah Tahun 2015 oleh Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

Tarikh : 27 Julai 2015
Pemantau : Ustaz Ishak Bin Abu Bakar