Tuesday 22 September 2015

Puasa Arafah

Esok merupakan tanggal 9 Zulhijjah 1436H yang telah dijadualakan akan berlangsungnya perhimpunan agung bagi umat Islam di dunia ini iaitu hari Wuquf di Arafah bagi jemaah yang menunaikan rukun haji yang kelima. Bagi uamt Islam yang tidak mengerjakan haji, disunatkan untuk berpuasa 1 hari. Ini merupakan sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW yang mana hikmahnya amat besar berdasarkan hadis baginda yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.


Sama-samalah kita mengambil peluang yang dikurniakan oleh Yang Maha Pemberi yang datang hanya sekali setahun.

No comments:

Post a Comment