Tuesday 22 September 2015

Puasa Arafah

Esok merupakan tanggal 9 Zulhijjah 1436H yang telah dijadualakan akan berlangsungnya perhimpunan agung bagi umat Islam di dunia ini iaitu hari Wuquf di Arafah bagi jemaah yang menunaikan rukun haji yang kelima. Bagi uamt Islam yang tidak mengerjakan haji, disunatkan untuk berpuasa 1 hari. Ini merupakan sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW yang mana hikmahnya amat besar berdasarkan hadis baginda yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.


Sama-samalah kita mengambil peluang yang dikurniakan oleh Yang Maha Pemberi yang datang hanya sekali setahun.

Selamat Bercuti


Surau an-Nur mengucapkan Selamat Bercuti Pertengahan Penggal Kedua kepada semua pelajar-pelajar SMK Beseri.
Semoga masa cuti ini dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar. Berbaktilah kepada kedua ibu bapa selama berada di rumah.

وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا (٢٣)  

23. dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun). (Surah al-Isra’: 23)

Bacaan Yasiin

Bacaan Yasiin diadakan pada setiap pagi hari jumaat yang melibatkan seluruh warga SMK Beseri.




Program Amali Solat

Program Amali Solat dijalankan semasa Pengajaran dan Pembelajaran.




Laman Makanan Sunnah...

Laman Makanan Sunnah merupakan cetusan idea bersama Tuan Pengetua, En. Rose Aza B Che Ariffin dan Ketua Paniti, Pn. Mismawarthy Bt Tuming.

Laman ini diwujudkan di bahagian tepis surau yang mempunyai beberapa pohon Kurma dan Tin...

وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ (١)وَطُورِ سِينِينَ (٢) 
Maksudnya :
"1.Demi buah Tiin dan Zaitun, 2. dan Gunung Tursina"
(Surah at-Tin: 1-2)









Monday 21 September 2015

Pemantauan Surau Oleh SPI

Pemantauan Surau Sempena Pertandingan Surau Imarah Tahun 2015 oleh Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

Tarikh : 27 Julai 2015
Pemantau : Ustaz Ishak Bin Abu Bakar






Persediaan Pemantauan Surau







Majlis Khatam al-Quran dan Salam AidilFitri

Tarikh : 14 Julai 2015
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Dewan as-Syafie





Ceramah Nuzul Quran

Tarikh : 10 Julai 2015 / 23 Ramadhan 1436H
Tempat : Dewan al-Syafie
Penceramah : Ustaz Muthiul Haq B Fatah Yasin (Imam Masjis al-Hussein, Kuala Perlis









Pengedaran Risalah Ramadhan

Tarikh : Sepanjang Ramadhan
Sasaran : Guru dan pelajar



Tazkirah Ramadhan

Tarikh : Sepanjang Ramadhan 1346H
Masa : Semasa Perhimpunan Rasmi (5 minit)
Tempat : Dewan al-Syafie

Program Tadarus al-Quran

Tarikh : Sepanjang Ramadhan 1436 H
Masa : waktu rehat
Tempat : Surau an-Nur